Pengguna perlu mendaftar menggunakan akaun Gmail bagi mengisi maklumat yang lengkap dalam laman web ini dan mendapatkan verifikasi pendaftaran pengguna.
Maklumat sebenar memastikan padanan lebih tepat dan mengurangkan risiko penipuan. Pengguna yang memberikan maklumat palsu boleh disekat atau dibatalkan akaunnya.
Klik butang “Lupa Kata Laluan”, dan pautan penetapan semula akan dihantar ke emel anda.
Ya. JAIPk menguruskan data pengguna mengikut dasar privasi dan akan memastikan kerahsiaan maklumat peribadi terpelihara.
Tidak. Maklumat sensitif tidak dipaparkan secara umum kecuali jika anda sendiri memilih untuk berkongsi dengan pihak yang dipercayai.
Padanan dibuat berdasarkan maklumat profil pengguna seperti umur, lokasi, minat, nilai agama dan kriteria pilihan yang ditetapkan.
Ya. Anda bebas menerima atau menolak sebarang cadangan padanan.
Selepas kedua-dua pihak bersetuju, pertemuan akan diaturkan oleh pihak JAIPK.
Tidak. Jika ingin bertemu, lakukan di tempat terbuka dengan pengetahuan keluarga atau wali selepas pertemuan yang diaturkan oleh pihak JAIPK.
Tidak diwajibkan, tetapi sangat digalakkan demi keselamatan dan keberkatan proses ta’aruf.
Mesej lucah, gangguan, penipuan kewangan, penyamaran, spam, atau mengajak kepada maksiat adalah dilarang keras.
Akaun boleh digantung atau dipadam serta-merta. Kes serius boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Semak sambungan internet, cuba tetapkan semula kata laluan, atau hubungi sokongan teknikal laman web.
Pastikan gambar anda mematuhi garis panduan (sopan, jelas, bukan gambar orang lain) dan memenuhi saiz fail yang dibenarkan.
Semak folder spam/junk. Jika masih tiada, cuba hantar semula atau hubungi sokongan.
Ya. Anda boleh memadam akaun melalui tetapan. Semua maklumat anda akan dinyahaktif mengikut dasar privasi.
Tahniah! Anda boleh menutup akaun dan memaklumkan kepada JAIPk untuk rekod statistik.